Banner

Banner


Maliau Basin Conservation Area...

Tuesday, July 21, 2009


"KALAU tutup mata pun saya boleh balik ke kem. Tiada masalah," kata lelaki itu dengan nada selamba. Peliknya, saya tidak menghidu sebarang rasa riak dalam diri lelaki berusia 25 tahun yang lebih senang dengan panggilan Rudy.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat kerana dia begitu bangga bertugas sebagai salah seorang ranger (penjaga hutan) di hutan hujan tropika yang berusia jutaan tahun tersebut.

Malam itu gelap pekat. Angin kadangkala bertiup keras, menggoyangkan dahan dan daun yang menghasilkan kesan bunyi yang agak menyeramkan.

Sementara bintang-bintang pula seakan-akan disorok di balik awan tebal yang sarat mengandungi air, hanya menunggu masa untuk dicurah ke bumi.

Atas rasa ingin tahu dan mahu melihat binatang liar seperti rusa atau musang melintas di depan mata, perasaan itu terpaksa disimpan seketika.

Termangu dalam gelap, semua tangan sibuk menghalakan lampu suluh ke arah dahan-dahan pokok dan semak berhampiran. Dengan harapan, untuk melihat binatang atau serangga yang aktif mencari hidangan pada waktu malam.

"Tengok atas tu. Ada dua mata berkilat-kilat," kata seorang rakan, memecah kesunyian. Pantas, semua lampu disorot ke arah yang sama dan mula meneka apakah binatang itu sebenarnya.

Kalau nak maklumat lebih lanjut sila ke blog ni http://iawmbsc.blogspot.com

Read more...

Misteri UFO di Britain



Misteri UFO di
Imej empat objek menyerupai piring terbang (dalam bulatan) dilihat di ruang angkasa London.
London umum butiran penemuan objek tidak dikenali yang disaksikan penduduk

ANTARA misteri yang masih belum terlerai sehingga ke hari ini adalah kewujudan objek tidak dikenali atau UFO.

Malah, dakwaan kemunculan kelibatnya dalam bentuk piring terbang, terus dilaporkan hampir setiap tahun di serata dunia, khususnya di negara Barat yang sememangnya mempunyai kumpulan pemantau aktiviti Terbaru, kerajaan Britain minggu lalu mengumumkan dokumen rasmi 1,000 muka surat yang mencatatkan kejadian UFO bagi tempoh 1987 hingga 1993. Dokumen yang sebelum ini disenaraikan sebagai sulit, diumumkan kepada orang awam di Arkib Negara Britain, di Kew, bagi menolak dakwaan kononnya kerajaan mahu merahsiakan penemuan aktiviti UFO yang mencurigakan di negara itu.

Tindakan kerajaan Britain itu hanya membangkitkan semula teka teki mengenai kewujudan UFO ini, bukan saja oleh rakyatnya malah penduduk negara lain yang sememangnya berminat dengan misteri di sebalik kewujudan piring terbang serta makhluk yang mengemudi pesawat berkenaan.

Persoalannya apakah benar UFO ini wujud? Soalan itu sukar dijawab tetapi sekurang-kurangnya beberapa catatan didedahkan kerajaan Britain itu, boleh dijadikan alasan yang mengaitkan kewujudan UFO
Catatan kejadian UFO yang dikesan itu turut membabitkan beberapa penemuan yang mendapat publisiti meluas media, tetapi belum diselesaikan sehingga ke hari ini. Biarpun kebanyakannya disenaraikan sebagai ‘misteri akibat fenomena semula jadi’ tetapi ada beberapa insiden didakwa mencetuskan kebimbangan kepada Kementerian Pertahanan Britain yang bertindak melancarkan siasatannya
Ini termasuk satu insiden yang berlaku pada 1990 di Scotland yang mana ramai saksi mendakwa melihat piring terbang serta kehadiran beberapa pesawat tentera. Malah imej yang dilihat sekurang-kurangnya tiga lelaki itu sempat dirakam akhbar Daily Record yang mengemukakannya kepada kementerian berkenaan. Saksi mendakwa ia berlegar-legar kira-kira 10 minit pada waktu siang dekat kawasan Calvine, utara Pitlochry pada 4 Ogos,
Pada waktu sama, kata saksi, beberapa jet pejuang tentera turut kelihatan melintasi kawasan itu sebelum tiba-tiba hilang. Hasil analisis gambar itu mengenal pasti pesawat berkenaan sebagai jet pejuang Harier milik tentera udara. Namun, anehnya, ia tidak beroperasi pada waktu kejadian.

Misteri itu menyebabkan Menteri Pertahanan ketika itu, Sir Archie Hamilton menyuarakan kebimbangan kerana membabitkan bukti jet Harier yang kelihatan jelas dalam negatif filem yang dirakam saksi. Setahun selepas kejadian, kementerian mengarahkan pakar menghasilkan lakaran UFO yang menepati gambaran saksi berkenaan. Bagaimanapun, usaha itu dilakukan secara rahsia dan hanya membabitkan pegawai tertentu atas alasan ia menyentuh perkara amat sensitif.
OBJEK menyerupai piring terbang dilihat dari udara kota
Satu lagi kejadian yang disiasat kerajaan, membabitkan dakwaan seorang wanita kononnya beliau dihampiri seorang makhluk asing menyerupai manusia ketika melalui kawasan sunyi di pedalaman Norfolk. Mereka sempat bersembang selama 10 minit. Wanita yang dirahsiakan identitinya itu disiasat pihak berkuasa yang menyenaraikan kes itu sebagai antara kes ‘luar biasa.
Kes lain UFO yang mendapat perhatian kerajaan Britain berlaku pada 31 Mac 1993 apabila 100 penduduk di kawasan West Country dan Ireland mendakwa melihat dua objek tidak dikenali yang mengeluarkan cahaya terang, merentasi langit malam. Kejadian itu juga, seperti kes lain, masih menjadi misteri yang belum terungkai sehingga ke hari ini.

Apa yang pasti, kes yang diumumkan kerajaan Britain minggu lalu bukanlah catatan kecil misteri UFO yang belum terjawab, tetapi membuktikan kemunculannya masih lagi wujud, selaras peredaran masa.

Hakikatnya, memang sukar difahami bagaimana kecanggihan teknologi masa kini masih sukar menelah atau merungkai misteri di sebalik piring terbang atau makhluk asing pelbagai rupa seperti didakwa saksi.

Selagi misteri itu belum terjawab, selagi itulah kita akan terus dipaparkan catatan kejadian UFO yang terus menarik perhatian ramai yang mahukan jawapan kesahihan kewujudan makhluk asing itu.

INFO: UFO

Objek terbang yang tidak dikenali berlaku hampir di seluruh dunia.

Saksi yang melihatnya mengenal pasti objek itu berupa piring terbang dan kapal angkasa dengan pelbagai reka bentuk, malah ada yang mendakwa terserempak dengan makhluk asing.

Ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi seperti diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.

Read more...

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Sunday, July 19, 2009

Ini pula cara untuk melajukan windows Xp anda kita kongsi ah maklumat dibawah

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda

laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

laju-xp-03 Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana – mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan – perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen – komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.


Read more...

Dapatkan Notifikasi Komen Di Blogspot

Ok kali ni gua nak bagi u sikit informasi lah tentang blog ni...ah ni salah satu informasi untuk anda supaya lebih senang dan mudah untuk mengatauhi comment dari u all punya email ikuti langkah....

Blogspot tidak mempunyai sebarang skrin khas untuk menyenarai dan mentadbir komen-komen yang diterima. Oleh itu, kadang-kadang kita tak perasan kalau ada komen baru yang masuk, terutamanya jika ia dikomen pada entri-entri yang lama.

Jika anda ingin mendapatkan notifikasi bagi setiap komen yang masuk, anda boleh dapatkannya melalui emel. Caranya mudah sahaja:

  1. Buka dashboard bagi Blogspot anda dan pergi ke Settings > Comments.
    blogspot-notifikasi-emel-01
  2. Pada bahagian Comment Notification Email, masukkan emel anda.
    blogspot-notifikasi-emel-02
  3. Klik pada butang Save Settings. Kini, segala komen yang terbaru akan dimaklumkan kepada emel yang telah ditetapkan tadi.

Read more...

Keropok Ampalang

Monday, July 13, 2009


Ya ni produk keropok amplang memang sedap untuk dimakan sambil menonoton Tv.. syok tau...kalau nak pesan kirim sms kat chetbox

Read more...

Produk Bedak Sejuk Berempah


Assalamualaikum Fren'z.
saya ingin perkenal kan produk bedak sejuk berempah ni yang baik untuk muka2 yang berjerawat dan berminyak..daripada kau orang beli produk yang mahal2 tapi takder kesan susuh jga kan..Bedak sejuk ni da terkenal kat sabah terutama bahagian kota kinabalu..jadi apa lagi belum cuba belum tahu hasilnya....
jadi sapa yang nak produk ni tinggal pesanan kat chat box yer...

Read more...

LANGKAH SELAMAT BILA BERDEPAN DGN PENJENAYAH

Wednesday, July 1, 2009

Wanita sering terdedah kepada pelbagai risiko serangan apatah lagi jika berjalan seorang diri. Serangan berkenaan bukan saja membabitkan kes ragut, samun malah cabul dan rogol. Lebih malang lagi jika serangan terbabit mengakibatkan kematian.

Bagi wanita yang sering berjalan berseorangan, langkah keselamatan diri sememangnya penting. Malang tidak berbau, malah kejadian tidak diingini boleh berlaku di depan rumah sendiri. Peragut bermotosikal biasanya mudah menarik beg tangan yang disangkut pada bahu kanan (Jika anda berjalan di kiri jalan. Justeru itu, ubah kedudukan beg misalnya anda boleh menyangkut beg pada kedudukan bahu yang bertentangan dengan jalanraya.

Menyelimpangkan beg pada bahu juga boleh menyukarkan peragut berbanding beg yang disangkut secara biasa. Berjalan dilorong gelap atau sunyi juga berbahaya. Sebaiknya elakkan diri anda daripada berjalan di kawasan sedemikian kerana jika anda diserang, mungkin sukar untuk mendapatkan bantuan disebabkan tidak ramai orang lalu-lalang di kawasan itu.

Sesetengah orang gemar menggunakan jalan pintas untuk menunggu bas, kekedai dan sebagainya. Tetapi jika anda berasa jalan pintas itu sendiri tidak selamat dilalui, lebih baik menggunakan jalan lain yang agak jauh asalkan ianya selamat.


Sekiranya terserempak dengan sesiapa yang mahu menyerang, anda tidak perlu panik. Orang yang menyerang itu lazimnya juga berasa takut dan panik untuk melakukan serangan.Tunjukkan anda tidak bimbang dengannya malah ada kalanya, jika anda langsung tidak menunjukkan rasa gentar atau takut padanya, penyerang mungkin berfikir dua kali untuk menyerang.

Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan apa saja yang anda miliki pada masa diserang misalnya beg tangan, payung, sikat, pen dan sebagainya sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Dipasaran kini, ada juga sejenis penyembur mirip botol minyak wangi yang direka khas untuk tujuan keselamatan. Simpanlah sebotol penyembur keselamatan di dalam beg anda sepanjang masa kerana ia mungkin dapat membantu anda jika terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diingini.

Read more...

JOIN MY BLOG

Visitor

free counters

JOM MAIN GAME

Photobucket

Petua Orang Kampung

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda , setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Petua Orang Kampung

Tidak perlu berbelanja besar, hanya cuba petua ini. Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal.

Petua Orang Kampung

02- Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Petua Orang Kampung

Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

Petua Orang Kampung

Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Petua Orang Kampung

Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

Petua Orang Kampung

Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

Petua Orang Kampung

Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.
Photobucket

Chat

Cara Nak Buat Blog"Cara Mengisi Masa Lapang"

Cara Nak tambah kan Pendapatan

Cara Nak Instal Wordpess

Google Adsense

Photobucket

Kata - Kata Mutiara


Untuk Semua Teman-Teman Seperjuangan

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.


Photobucket

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP