Banner

Banner


Band Indie Jadi Kegilaan Remaja

Sunday, June 28, 2009


Fesyen dan muzik memang harus berjalan seiringan. Lantaran itulah yang membezakan Bittersweet dengan segelintir band indie tempatan lain yang ketika ini masih atau sedang wujud di dalam negara ini.

Kemunculan mereka di dalam mana-mana gigs juga seringkali menarik perhatian ramai dan memberikan impak terhadap pengikut muzik mereka terutama apabila mengenakan fesyen suit bergaya retro yang sama dan serupa tetapi kemas dan bergaya dengan tambahan sunglassesh
hitam sebagai eksosari utama


Bukan suit saja yang jadi pilihan lima anak muda yang berasal dari Ipoh, Perak ini. Apa saja yang menarik perhatian mereka, pasti ia akan cuba. Misalnya mengenakan jaket yang rugged.



Paling simple pun, mereka memadankan seluar jeans dan kemeja-T (polo) bersama mafla. Tak kiralah apa gaya pun, asalkan ia nampak bergaya, kemas, seragam dan mampu memberikan kelainan dalam penampilan mereka.

Itulah yang cuba dicari Nur Hafri Abdul Majid atau Pijie selaku vokalis, Hazairi Abdul Hamid (Herri) - gitaris pertama, Wan Mohd Hafiz Wan Idris (Hafiez) - gitaris kedua, Mohd Dinienul Hakim Sidek (Dinie) - bassist dan Fadhilul Iqmal Ishak (keyboard) sepanjang berkarya sebagai pemuzik.


Sungguhpun begitu, dorongan untuk berfesyen ini bukanlah sengaja dibuat-buat. Namun,ia memang benar-benar datang dari hasrat hati dan keinginan jiwa mereka sendiri.


"Secara kebetulan kami semua memang suka mengenakan gaya dan penampilan yang sama. Kira masing-masing memang satu kepalalah bila cakap pasal fesyen. Secara tidak langsung, ia memudahkan kami untuk membentuk imej .


"Apa yang cuba kami tonjolkan ini adalah diri kami. Bukan setakat itu saja, kami juga mempunyai tailor dan hairdresser kami sendiri di Ipoh. Kedua-dua mereka inilah juga yang sering membantu kami untuk mengenakan fesyen rambut dan pakaian yang tersendiri," kata Pijie kepada murai.com.my.


Kalau menilai sejarah kebanyakan band muzik yang berjaya dari dalam dan luar negara, kebanyakannya pasti akan menitik-beratkan fesyen di dalam muzik mereka.


Hal ini memang sangat-sangat diakui Bittersweet. Namun mereka tidak mahu menjadikan ia sebagai satu alasan untuk menggelarkan diri mereka sendiri sebagai ikon kepada genre indie rock yang mereka bawakan selama ini.


"Terpulanglah pada pengikut kami untuk menilaikannya sendiri, Apa yang lebih kami utamakan ialah kepuasan kami dalam bergaya. We feel good about it. Ia macam satu fenomena buat kami."

"Lebih-lebih lagi ada di antara fesyen yang kami tampilkan itu menjadi ikutan di kalangan pengikut kami sendiri. Disebabkan itu, setiap kali mendapat payment hasil daripada bayaran gigs atau pun show, kami akan berusaha untuk membeli baju atau pun aksesori lain."


"Adakalanya kami beli bersama. Kadang-kadang, bila seorang beli dan yang lain berasakan ia sesuatu yang cool, semua akan sepakat untuk mendapatkan benda yang sama," ujar Pijie lagi.


Selepas berjaya menempatkan diri mereka di dalam scene indie rock terutama sekali menerusi kemunculan album sulung mereka, Perfect Match yang dihasilkan menerusi label mereka sendiri, Bittersweet berhasrat pula untuk menawan pendengar dari luar negara.


"Kalau boleh kami jadi macam Pop Shuvit yang berjaya membawa muzik mereka menembusi pasaran luar terutama sekali Jepun. Kami sama sekali tak kisah ke mana pun muzik kami akan dibawa asalkan kami mahu wujudkan kelompok pendengar Bittersweet yang besar. Sebab itulah kami bawakan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris.


"Tapi ada juga sebuah lagu Melayu yang dimuatkan dalam album ini. Judulnya, Kucing Hitam yang sekarang menjadi salah satu lagu dalam soundtrack Kami (drama siri di 8TV), " kata Pijie.


Bittersweet yang kembali menyengat dengan single kedua mereka, Come On bakal beraksi dalam gigs, Louder Than Love - Fight Poverty di Kelab Zouk, KL, pada 11 November ini, jam 3 petang bersama Neverwreck, Pure Vibration, One Buck Short , OAG, Love Me Butch , Seven Collar T-Shirt, The Will Kill Us All dan Plague of Happiness.

0 comments:


JOIN MY BLOG

Visitor

free counters

JOM MAIN GAME

Photobucket

Petua Orang Kampung

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda , setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Petua Orang Kampung

Tidak perlu berbelanja besar, hanya cuba petua ini. Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal.

Petua Orang Kampung

02- Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Petua Orang Kampung

Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

Petua Orang Kampung

Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Petua Orang Kampung

Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

Petua Orang Kampung

Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

Petua Orang Kampung

Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.
Photobucket

Chat

Cara Nak Buat Blog"Cara Mengisi Masa Lapang"

Cara Nak tambah kan Pendapatan

Cara Nak Instal Wordpess

Google Adsense

Photobucket

Kata - Kata Mutiara


Untuk Semua Teman-Teman Seperjuangan

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.


Photobucket

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP